Sejak bilakah Aveney pandai mengumpat ini? Hihi tak adalah. Dorang bukan mengumpat pun, cuma membincangkan hal hal sekolah saja. Tambah dengan dorang tolong Roziah buat ayat untuk tolak daripada menjadi pengawas exam. Nama si Roziah naik sebagai pengawas SPM yang akan berlangsung tidak lama lagi. Kalau tak ganggu cuti tidak apa juga, ini memang terjadi dalam cuti. Jadi Kakda ajar lah taktik berkesan ya iaitu beli tiket flight. Lepas tu tunjuk dekat pengetua, saya sudah beli tiket. Jadi kena ganti lah nanti dengan orang lain. Cuba dulu baru tahu.
Basirah tahun lepas tak menolak, jadi cuti sekolah sebulan tiada dia balik. Saya boleh bayangkan kesedihan dan kesunyian dia. Tahun ini dia sudah legend ya. Pandai sudah sekarang dia menolak. Ada juga kawan dia yang selalu ambil kesempatan suruh dia buat itu ini. Tugasan dia suruh orang lain buat. Dah kenapa. Jadi Basirah sekarang pandai jugalah bagi alasan menolak permintaan yang kurasakan tidak masuk akal. Ada ke kerja dia suruh orang lain buat. Sepak baru tahu. Kesian Basirah. Dia ingat Basirah tak ada kerja lain.
Okay sekarang aku pula yang termengumpat haha. Maaf hari ini saya sedikit sensitif ya. Tak tahulah sampai bila aku akan jadi begini. Okay tutup cerita itu. Hari ini Sue ada perlawanan bola tampar lawan daerah. Semoga Sue dan team semua cemerlang. Enjoy! Sue ini bukan calang calang ya. Dia bekas pemain bola tampar, di universiti pun dia coaching, sekarang dia adalah coach bola tampar di sekolah dan budak kami pernah sampai ke negeri bawah Sue. Haa begitulah nak describe Sue punya kebolatamparan dia. Bye.
Kota Marudu, Sabah.
No comments:
Post a Comment