Assalamu'alaikum WBT.
Baru saya tahu jadi pengawas bilik kuarantin ini memenatkan. Yang terbaik adalah kita bergerak ke sana ke mari kan. Tetapi bila pegang jawatan ini, di sini lah saya dalam bilik kuarantin. Aduhai boringnya! Kesian budak yang habis ujian awal, dari jam 8 sampai lah jam 2 dorang terperangkap dalam bilik ini. Pergi tandas hanya diberi masa 3 minit. Kalau dorang nak beli makanan, kena tulis di kertas dan guru bertugas yang kena beli.
Special treatment ya untuk budak budak ini sebab untuk mengelakkan kebocoran maklumat. Setiap hari ada 3 sidang dan setiap sidang ada lebih kurang 12 orang calon. Bunyi macam sikit tapi bila masa kejadian, aik lama lah pula. Hmm. Saya sebenarnya tertanya tanya macam mana dorang ada semangat untuk ke sekolah memandangkan sekolah mereka ini sedikit usang bagi saya. Saya rasa kalau saya yang jadi guru di sini, tiada semangat saya. Saya respect lah dorang para guru dan pelajar di sini.
Sekolah ini lebih kurang di Kelantan lah keadaan dia. Hujan sikit pun melimpah sudah air. Macam banjir besar walaupun hujan sikit sebab kawasan dia rendah. Nak masuk kawasan sekolah kena turun bukit dulu. Memang tenggelam lah alamatnya. Bagus juga diberi peluang untuk jadi pengawas di sekolah lain, ada juga lah pengalaman saya dan boleh lah saya mengenal tempat orang. Rakan rakan sekalian, be happy, don't give up. Tiber. Bye!
Kota Marudu, Sabah.
No comments:
Post a Comment