Assalamu'alaikum WBT.
Hari ini adalah hari majlis restu ilmu budak SPM tahun 2023. Saya tak ada feeling mana pun sebab tak rapat sangat dengan dorang. Saya macam biasa lah bertugas di surau lah untuk solat hajat. Alhamdulillah tahun ini ada new addition iaitu si Jia. Function dek. Lepas siap solat hajat, saya terus balik ke bilik guru dan bersantai. Hiks. Kakda kena turun dewan sebab terlibat dengan form 5. Entah kenapa macam tak ada feeling sangat dengan mereka tahun ini. Tiber. Rasanya sebab cepat sangat masa berlalu. Rasa macam baru masuk awal tahun itu hari, ini sudah akhir tahun. Minggu depan mereka SPM sudah.
All the best semua! Semoga kalian diberi ketenangan dan kecemerlangan dalam menjawab semua kertas peperiksaan yang diambil. Ustazah doakan yang terbaik untuk kamu semua. Semoga kamu dapat mencapai segala apa yang diinginkan, in shaa Allah. Begitulah pelajar ya, datang dan pergi. Para guru pula, terperap di sini kahkah. Hari ini saya, Kakda dan Jia puasa dan in shaa Allah akan berbuka sekali di Bengkoka, Pitas.
Kota Marudu, Sabah.
No comments:
Post a Comment