Tuesday, January 23, 2024

UB BI SPM 2023: DONE ✅️


Assalamu'alaikum WBT. 

Alhamdulillah selesai sudah ujian bertutur subjek Bahasa Inggeris SPM 2023 di SMK Langkon. Dengar saya cakap, walaupun menjadi pengawas ini saya dapat elaun, untuk masa depan saya sudah tidak sanggup ya. Biarlah banyak pun elaun, saya tidak dapat menahan kebosanan terperap di bilik kuarantin atau bilik menunggu. Tapi okay lagi bilik menunggu sebab habis exam tiada lah budak. 

Saya bersyukur dikurniakan partner bilik kuarantin yang sangat baik dan bertimbang rasa iaitu Cikgu Soliman. Beliau tersangatlah rileks dan santai. Saya sangat suka style begitu ya. Jadi saya tiada pressure duduk di sini. Selama 4 hari di sini, saya rasa saya banyak tidur haha. Okay gurau. Hari pertama memang saya sangat boring sebab tiada benda mau dibuat. 

Hari seterusnya saya bawa kertas exam. Boleh lah saya tanda kertas kan. Takdelah boring sangat. Saya bertolak dari sekolah saya dalam 6.50 pagi dan sampai dalam 7.30 juga lah. Jauh kan? Habis minyak kereta aku haha. Tapi saya suka juga perasaan itu sebab macam berkerjaya sangat feeling dia. Kalau tak, biasanya keluar rumah sampai tangga sekolah terus. 

Kota Marudu, Sabah. 

No comments:

Post a Comment