Monday, January 1, 2024

2024

السلام عليكم

Apa khabar semua? Tahun baru tiba lagi. Selamat tahun baru kepada semua. Tak banyak yang saya nak cakap sempena tahun baru ini. Cuma sentiasa bersyukur dengan apa yang ada. Sentiasa menghargai setiap detik yang dilalui kerana ia tak akan pernah kembali. Sentiasa hidup tenang dan ingat bahawa setiap masalah yang dihadapi ada penyelesaiannya. Sentiasa positif, jadi lah seaktif mungkin. Banyakkan amalan yang mendekatkan diri kepada Allah. Kalau hati tidak tenang, sentiasa muhasabah diri. Ubah perangai yang tidak bagus. Kekalkan perkara yang baik. 

Tinggalkan segala perkara yang menyakitkan hati sendiri dan juga orang lain. Sentiasa ceria dan jangan terlalu fikirkan masalah. Jangan terlalu fikirkan kesalahan orang lain terhadap kita. Jangan bertindak seolah olah kita tak pernah melakukan dosa. Anggaplah segala kesakitan yang kita rasakan sekarang adalah kifarah bagi benda tidak baik yang kita buat dulu. Dengan itu kita takkan mudah kecam orang atau punya persepsi buruk terhadap orang. Lantaklah dia buat benda yang menyakitkan hati kau. Jangan layan perasaan sedih. Kamu tak layak pun rasa begitu. 

Enjoy hidup kau semaksimum yang boleh. Ingatlah hidup ini cuma sementara. Tiada guna kau bersedih. Tak ada manfaat pun yang kau dapat. Diketawakan lagi lah ada. Kuatkan dirimu. Jangan tunjuk bahawa dirimu lemah. Siapa saja yang tiada masalah. Sama ada mereka tunjuk atau tidak saja. Pandai pandai lah kau manage kau punya masalah ar. Sama macam kau manage kau punya kewangan. Jangan terlalu berboros. Pandai simpan duit. Pandai berjimat. Jangan membeli ikut perasaan. Tapi jangan juga kau ikat perut tidak mau makan hanya kerana ingin berjimat. 

Enjoy your life. Yang penting sentiasa menjadi hamba Allah yang taat. Apa kau buat niat kerana Allah. Hidup jangan stress jangan sedih. Kalau nak cerita pasal 2023 kan, saya hanya boleh ungkapkan, ALHAMDULILLAH. Betapa Allah itu Maha Baik. Banyak sangat perkara yang diinginkan sebelum ini tercapai. Kalau pernah baca saya punya blog pasal impian saya, saya inginkan printer sendiri, kereta, lesen kereta, telefon baru, semuanya sudah tercapai alhamdulillah. Saya tak dapat nak ungkapkan betapa berterima kasihnya saya kepada Allah.

Sekarang, apa yang saya sangat inginkan adalah supaya Allah masukkan ketenangan di dalam hati saya. Begitu juga kerajinan dalam beribadah. Saya doa semoga Allah memberi saya keringanan untuk beribadah dan melakukan amal soleh. Semoga saya tidak memandang duniawi semata. Semoga segala apa perkara baik yang saya ajarkan kepada anak murid, saya amalkan. Bukan cakap semata mata. Saya pun malu ajar budak itu ini tapi diri sendiri tiada buat pun. Semoga Allah beri saya kekuatan. Baiklah sampai di sini saja coretan awal tahun.

Be happy! 

No comments:

Post a Comment