Assalamu'alaikum WBT.
Apa khabar semua? Saya harap semuanya dalam keadaan yang sihat dan baik. Saya sekarang sangat tidak sabar untuk menggunakan jadual baru. Hiks. Ada ustazah baru posting sini orang Tawau majoring Pendidikan Islam. Terima kasih ya Allah. Saya pasti dia lagi hebat daripada saya. Harapnya dapatlah dia mantapkan lagi Pendidikan Islam di sini in shaa Allah. Yang saya excited adalah jadual baru saya hanya 24 masa! Alhamdulillah. Setelah hampir setahun menunggu kehadiran guru PAI baru, akhirnya Allah makbulkan juga. Dia pun 24 masa. Dapatlah kami berbagi bagi kan. Sekaligus dapat meringankan beban Ustaz Amran juga sebab walaupun Ustaz Amran PK1, beliau terpaksa mengajar lebih 20 masa disebabkan ketidakcukupan guru.
Saya masih dalam proses mengenali guru baru ini yang bernama Ustazah Roziah. Umurnya setahun muda dari saya iaitu lahir tahun 1998. Kira sendiri lah umur berapa. Perwatakan dia yang saya nampak adalah berani dan tegas. Sesuai lah dengan keadaan disiplin budak budak di sini. Satu saja kekurangan bila ada ustazah baru iaitu saya kena mengajar form 4 ganti Ustaz Amran. Semoga dapatlah kami bekerjasama dalam memantapkan PAI di sekolah ini. Harap kami dapat bertabah. Saya suka dia sebab dia happy go lucky. Dia memang opsyen PAI masa di UPSI dulu. Fresh graduate lagi. Ngam lah jadi ketua panitia. Satu lagi dia dulu UB Puteri Islam. Ngam juga lah dia jadi Ketua Penasihat Puteri Islam menggantikan saya yang langsung tiada knowledge tentang UB itu ya.
Saya kan masa mula mula posting sini, semua tugas dibagi kepada saya. Saya faham juga sebab sekolah ini kekurangan guru. Jadi kadang kadang ada benda yang kita terlepas pandang. Fokus dekat UB, tergendala lah kelab PAI. Fokus kelab PAI, tergendala yang badminton. Apatah lagi fail panitia, teruk betul saya punya kerja haha. Tambah lagi dengan 36 masa mengajar. Apapun saya gembira lah dengan jadual baru. Saya akan cuba enjoy walaupun jadual saya akan dipenuhi dengan relief selepas ini. Hmm nasib betul. Baru nak rasa tak ada kelas kan. Tak selamat juga dek. Kena relief pula kahkah. Itulah nasib seorang ustazah di SMK Tandek 2, Ustazah Syahirah. Tiber. Okaylah sampai di sini dulu coretan saya yang mengarut ini.
Kota Marudu, Sabah.
No comments:
Post a Comment