Assalamu'alaikum WBT.
Mukhlisin adikku yang handsome ini akan mula menduduki peperiksaan SMU hari ini. Semoga Allah permudahkan urusan Adik menjawab semua kertas dengan tenangnya, jayanya dan memperoleh keputusan yang cemerlang in shaa Allah. Kakak kakakmu semua pernah menghadapinya ya alhamdulillah. Kakcik 14 tahun lepas (9 mumtaz), Kaksha 11 tahun lepas (9 mumtaz) dan Kaksyadah 6 tahun lepas (10 mumtaz). Jadi boleh tengoklah siapa paling legend ya. Tak lain tak bukan kakakmu Nur Syahadah. Diam diam ubi berisi itu budak. Saya pun terkejut. Bukan apa, saya memang dah tahu dia hebat. Tapi dia sendiri sentiasa merendahkan diri dia. Malam sebelum exam pun call sambil menangis, tanya apa dia perlu buat.
Lakonan drama semata ya. Akhirnya dia lagi tinggi dari aku. Jenuh aku bagi motivasi lagi, tips lagi. Dasar budak itu. Tapi apapun, kita bersyukur lah kan alhamdulillah. Kalau aku dulu tewas subjek Mutalaah dan Kakcik subjek Tarikh Islam. Sampai sekarang aku benci Mutalaah seriously haha. Abah Muhammad pula guru Mutalaah dan Akhlak di sekolahnya sekarang. Haha ngamlah itu. Cerita abang ipar Mukhlisin pula iaitu Abah Muhammad, sekali lagi dilantik sebagai ketua pengawas SMU di SABK Kuala Kajang. Memang tidak pandai menolak lah haha. Sebenarnya sudah cuba menolak dengan alasan anak di rumah kan, tapi itulah kena jadi juga. Degil juga dia punya mudir.
Semoga Ahmad Mukhlisin beroleh kejayaan yang cemerlang. Kakakmu ini percayakanmu Adik. Semoga Mukhlisin kekal tenang seperti sediakala lah. Apapun keputusannya, semoga Mukhlisin dapat mencapai segala impiannya. Kakakmu di sini senantiasa mendoakan segala yang terbaik untukmu. Teruskan menjadi anak yang soleh penyejuk hati Abah dan Umi serta seisi keluarga. Semoga Adik sentiasa dapat memberi manfaat kepada semua. Semoga dipermudahkan segala urusan Adik. Aku macam ini pun emo sudah. Sama macam masa Syahadah SMU dulu. Adik adikku sudah besar 😠Tapi tetap menjadi baby bagi ku.
Alang alang bercakap tentang perkara ini, kadang saya terfikir, bila lah dorang membesar. Tapi sama juga lah dengan soalan, bila lah aku menua. Tahu tahu 27 sudah. Adik adikku pun sama lah. Dulu kecil dariku semuanya, selalu bermain denganku. Aku pernah menjadi kuda mereka. Aku selalu dukung mereka ke sana sini. Aku pernah melayan mereka seperti anak kecil. Tapi sekarang saiz pun sama besar malah lagi besar dariku. Umur pun alhamdulillah sudah bertambah. Syahadah 22, Adik 17. Haha sebenarnya saja nak highlight umur si Syahadah, nak suruh dia sedar sikit. You are my forever cute little pies ❤️
Kota Marudu, Sabah.
Terima kasih ya Allahh,, for the first time Kaksya mengaku umur sebenarðŸ˜
ReplyDelete