Assalamu'alaikum WBT.
Introducing our new most welcomed PAI ustazah, Ustazah Roziah. First posting di SMK Tandek 2, berasal dari Tawau, lepasan UPSI, majoring PAI. Ini baru betul ustazah Pendidikan Islam. Memang belajar untuk mengajar PAI. Bukan ustazah jadian sepertiku kahkah. Kalau tak tanya, kita tak akan tahu dia adalah Sabahan sebab cara bercakap macam orang Semenanjung. Bahkan orang Sabah sendiri ingatkan dia bukan Sabahan.
Saya sangat gembira dengan kedatangan ustazah baru ini yang boleh juga dipanggil Jia. Bukan juga sebab masa mengajar makin berkurang, tapi sebab akhirnya saya ada geng PAI selepas kepergian Basirah ke SMK Kota Marudu. Ouh lupa bagitahu umurnya. Lahir tahun 1998, jadi tahun ini dia akan berumur 26 tahun ya pada bulan Mac. Namun dia mengaku umur 25 okay. Dasar kawan kawan lain cakap saya bukan bongsu sudah di sekolah.
Okaylah saya terima hakikat. Kan saya, Kakda dan Jia pergi healing itu hari, dalam kereta dan juga di Marrybrown kami banyak borak, mengenali dirinya dengan lebih dalam dan dia pun mengenali kami dengan terperinci lagi haha. Lawak betul masa dalam kereta tengah borak benda lawak, terkeluar dia punya gelak, lepas itu dia malu. Dia cakap alamak, dah terkeluar suara sebenar haha. Apa nak malu, kami pun begitu bah. Siapa je yang gelak suara slow.
Semoga dipermudahkan urusan kita berurusan dalam urusan PAI dan sebagainya. Banyak yang saya perlu belajar daripada Jia. Senang kata, kita saling berkongsi ilmu lah ya. Jia anak bongsu daripada 5 beradik dan satu satunya bunga dikelilingi kumbang yang semua sudah berpunya kecuali satu orang. Tiber masuk pengenalan balik haha. Meja guru dia jauh dari saya, tapi tidak juga lah jauh. Bukan kena naik bas pun. Apapun, all the best for you!
Kota Marudu, Sabah.
No comments:
Post a Comment