Assalamu'alaikum WBT.
Hmm entahlah nak cakap apa. Saya baru saja siap isi PBD untuk semua kelas PAI yang saya ajar. Nanti lah saya ajar Roziah buat. Kelas dia sebenarnya yang F1 dan dua kelas F3. Tapi saya isi dulu sebab saya punya akaun kan. Nanti sesi depan lah kali Roziah buat sendiri. Sebenarnya saya kurang berpuas hati dengan ketidaktelusan dalam pengisian PBD. Rasanya orang yang cipta benda ini bertujuan untuk menilai budak dalam kelas sebagai ganti exam yang besar yang kunun tidak bagus sebab menggalakkan comparison result antara pelajar. Tapi bila nak isi TP, boleh pula ajar kita suruh buat 3 ke atas. Jadi kalau budak itu tak layak 3 macam mana? Still kena isi 3 juga walaupun kerap tak datang sekolah, dalam kelas pemalas tahap dewa, tak menghormati guru, tidak melaksanakan kerja sekolah yang disuruh, tidak menyiapkan tugasan.
Yang begitu tak boleh bagi 1? Kena juga bagi 3 padahal tak sepadan langsung. Jadi macam manalah nak menilai mereka dengan sebenar benarnya. Hmm entahlah. Kalau fikir balik jadi sakit hati. Langsung tiada kejujuran. PPD pula kunun menjaga air muka lah. Nak kena jaga imej PPD, tak boleh ada budak bawah 3. Kalau bawah 3 pula kena tunjuk bukti lah apalah. Bagus lagi exam yang macam dulu. UPSR, PMR semua itu bagi motivation untuk budak belajar. Murid ada target untuk dicapai. Kalau setakat dalam kelas, nak nilai macam mana. Dia dah tahu kalau dia buat teruk teruk pun cikgu tak akan bagi 1 pun. Hmm jadi guru jugalah yang merana. Sekian.
Kota Marudu, Sabah.
No comments:
Post a Comment