Wednesday, January 24, 2024

BAP 2023 SMK TANDEK 2



Assalamu'alaikum WBT. 

Hari ini adalah hari pemberian duit BAP iaitu Bantuan Awal Persekolahan. Awal awal lagi dorang dah cakap nak topup kredit lah, nak beli itu inilah yang memang langsung tiada kaitan dengan sekolah. Excuse me budak, nama pun bantuan awal persekolahan, kau beli lah benda yang berkaitan dengan sekolah ya. Necktie ke, nametag ke, baju sukan ke, kalau untuk yang belum ada atau rosaklah. Yang wajib beli adalah buku tulis kecil dan besar di koperasi. Kalau tiada kalkulator boleh beli sana. Time exam sibuk pinjam orang pinjam. Itu kalau pandai bagi balik okay juga. 

Ada satu orag pelajar dia tak hadir sekolah hari ini dan mama dia datang ambil duit. Saya tanya kenapa si Wafi tiada hadir, mama dia bilang sakit cirit birit. Jadi saya tanya ada surat rawatan kah. Tiada dia bilang sebab ubat beli di farmasi saja. Kesian, teruk sangat kalau macam itu dia punya cirit birit. Petang tadi saya pergi pekan dengan geng, terserempak dengan Wafi dan mamanya. Aik boleh pula kau datang pekan bershopping ya. Elok pula boleh jalan. Mama dia pun satu, support betul anak taknak pergi sekolah. 

Ada yang sepanjang tahun tidak hadir, tiba tiba muncul pada hari pemberian BAP. Pandai pula dia datang sekolah. Sekali dengan ibu bapanya lagi. Yang selama ini tak pergi sekolah tiada pula ibu bapa kau marah ya. Aduhai kesian lah. Kadang saya tahu memang ibu bapa mereka memerlukan duit atau kesuntukan duit lah, tapi kadang geram juga. Entahlah nak. Semoga mereka semua diberi kesedaran. 

Kota Marudu, Sabah. 

No comments:

Post a Comment