Monday, January 22, 2024

ANAK UMI MENIARAP


Assalamu'alaikum WBT. 

Mendapat laporan bahawa budak ini berjaya meniarap dengan sendiri buat pertama kalinya hari ini. Alhamdulillah ya Allah. Besar sudah anak Umi yang soleh dan sihat ini. Kalau menurut Tokmi, mungkin ada orang yang tolong meniarapkan Muhammad haha. Entahlah nak. Tapi kalau betul, alhamdulillah. Tapi saya sedikit sedih sebab saya tiada bersama dia di kala dia membesar, tidak dapat melihat sendiri dia punya tumbesaran. Membesar bukan di depan mata saya. Hanya Allah yang tahu betapa sedih hati saya. Tapi saya percaya segala yang berlaku ada hikmahnya. In shaa Allah anak Umi dibesarkan dalam keadaan yang positif dan sihat. 

Berpindah kepada tajuk lain, saya bukan nak complain lah, tapi kalau Muhammad bukan dengan saya, pelik pelik dia punya baju ya. Kesian Muhammad kena main sarung saja apa apa baju pun haha. Tak salah pun, cuma yalah. Baju lain, seluar lain. Paling teruk hari ini lah haha. Baju tangan panjang berlubang, seluar pendek belang belang. Allahu kesian anakku haha. Takpe lah Muhammad. Kita berdamai dengan takdir. Tiber. 

Sayang anak Umi yang cerdik ini. Semoga dipermudahkan urusan orang sekeliling untuk menjaga Muhammad dengan sebaik mungkin, in shaa Allah. Semoga anak Umi ini menjadi anak yang soleh, sihat, bijak, comel, mudah dijaga dan semoga yang terbaik untukmu anak. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua. 

Kota Marudu, Sabah. 

No comments:

Post a Comment