Sue ada latihan bola tampar antara guru yang dipanggil PSKPP. Maksudnya akan lawan antara daerah lah. Jadi Sue satu satunya guru SMK Tandek 2 yang terpilih untuk daerah Kota Marudu, bergandingan dengan guru dari sekolah lain dan menjadi satu kumpulan. Macam sia sia saja explaination saya kan haha. Baiklah kalau faham fahamlah, kalau tak faham sudah. Jadi saya lah yang menghantar Sue ke tempat latihan. Kakda pun join sekali hantar, almaklumlah tiada kerja kan haha.
Saya stay sekejap saja di tempat latihan, lepas tu saya pergi lepak dengan Kakda di Marrybrown. Pelanggan setia Marrybrown ini, kamu jangan main main ah. Hiks. Yang latihan hari Isnin ini dilaksanakan di SMK Kota Marudu II. Masa kami nak ke pekan lepak sana, kami lalu jalan salah. Lepas tu terjumpa lah satu tempat yang nampak lusuh, rupanya bekas kem tentera bertapak di sana. Apa lagi turun lah kereta mengambil gambar. Hiks.
Kota Marudu, Sabah.
No comments:
Post a Comment