Thursday, January 18, 2024

UASA 2023: ALL THE BEST DEAR STUDENTS


Assalamu'alaikum WBT.

Selamat pagi dan salam sejahtera. Pertama sekali kita bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya, dapat sama sama sekali lagi kita menghadapi UASA, penentu masa depan kamu semua. Pra penentu lah ya. Di sini ada beberapa perkara ustazah ingin sampaikan kepada kamu semua. Janganlah kamu sesekali meniru ya. Ustazah ini baik ya anak anak, tapi ustazah paling pantang ya kalau kau meniru. 

Apa gunanya kau meniru? Ustazah pun tidak faham. Kalau pun kau dapat markah tinggi, apa gunanya? Kau bangga kah dengan markah kau yang tinggi hasil daripada meniru? Langsung tak bermakna. Macam mana guru mau menilai kebolehan kau kalau kau meniru? Macam mana guru mau mengenalpasti masalah kau? Macam mana guru mau cari punca kelemahan kau? Satu lagi kau fikir, kau meniru, kau dapat tinggi, kau bagitahu ibu bapa, dorang pun bangga. 

Kau tidak malu kah dorang bangga atas penipuan kau, ketidakjujuran kau. Kau naik pentas, dapat hadiah terbaik tapi hasil dari kau meniru. Auuu malunya. Kesian. Walaupun UASA ini bukan peperiksaan besar pun, bukan penentu masa depan kau, namun kau kena ingat attitude yang kau ada sekarang lah penentu kau punya hidup. Kau amalkan sifat itu sekarang, tidak akan kau dapat ubah selamanya. Janganlah amalkan sifat itu ya anak anak. 

Aku tulis panjang berjela begini pun tiada gunanya juga haha. Bukan juga dorang baca ini. Tapi aku jadi puas hati bila cakap. Bukan aku tidak bagitahu dalam kelas. Tapi begitulah. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Bukan dorang ikut pun aku cakap sampai berbuih mulut pun. Saya bila tanda kertas exam, saya memang akan tahu siapa yang tiru siapa yang tidak. Tapi itulah. Saya give up. Bye! 

Kota Marudu, Sabah. 

No comments:

Post a Comment