Monday, January 29, 2024

MY EVERYTHING 💕




Assalamu'alaikum WBT.

Hari ini setahun yang lalu, Umi ke Poliklinik Nusantara untuk mengesahkan kandungan selepas cek sendiri di bilik. Alhamdulillah sah lah terpacaknya benihmu anakku. Tidak dapat ku ungkap kata kata kerana terkejut. Kaget. Kandungan Umi ketika itu baru memasuki 6 minggu. Walaupun sudah disyaki kerana beberapa tanda berlaku pada diri Umi, tapi tetap susah untuk Umi percaya. Selain ibu bapa dan keluarga yang baik, kau adalah antara anugerah terindah buatku Muhammad. Terima kasih ya Allah. 

Pada 27/01/2023 di awal pagi sebelum mandi untuk ke sekolah, Umi membuat test air kencing menggunakan test kit yang dibeli di Watson selepas diasak oleh orang sekeliling kahkah. Umi cuba untuk menafikan namun tanda tanda seperti kerap kencing, emosi sangat tidak stabil, kerap pening, period lambat 15 hari dan sebagainya membawa kepada berita ini alhamdulillah. Dramatik bunyi nya kan haha. 28/01/2023 selepas Maghrib, Umi bagitahu Abah. 

Di awal pregnancy, Umi sangat takut untuk memberitahu sesiapa kerana masih terlalu awal dan pelbagai risiko dihadapi. Umi lebih berhati hati walaupun ada juga lah masa Umi lupa diri pergi makan maggi. Sekali kena marah dengan kawan Umi, Kakda. Terus setahun tak sentuh langsung haha. Perjalanan sepanjang kehamilan bukanlah sesuatu yang mudah. Hamil bersendirian di Sabah, ke klinik bersendirian, muntah bersendirian, sakit kepala dan pening bersendirian, segalanya bersendirian. 

Ada satu masa, Muhammad kurang gerak dalam perut Umi ketika usia 33 minggu. Umi drive ke Hospital Kota Marudu sendiri dan admit ke ward selama 3 hari. Setiap malam sepanjang Muhammad di dalam perut Umi, tidur Umi tidak tenang memikirkan keadaanmu. Umi sentiasa overthinking sampai menangis. Tapi alhamdulillah Allah bagi Umi kekuatan. Bukan senang berjauhan ketika diri ini paling memerlukan perhatian. Kalau masih tidak dihargai pengorbanan ini, tiada kata kata mampu Umi ungkapkan.

Kota Marudu, Sabah. 

No comments:

Post a Comment