Assalamu'alaikum WBT.
Alhamdulillah selesai sudah ku menanda semua kertas exam budak. Makan masa seminggu lebih juga untuk disiapkan memandangkan terdapat kerja sampingan lain yang butuh cepat siap. Saya terfikir macam mana lah saya dapat bertabah tanda 10 kelas sebelum ini. Yang 5 ini pun exhausted aku dibuatnya. Alhamdulillah Allah bagi kekuatan dan kerajinan. Sekarang sudah ada pengganti kan hiks. Adil lah saya 5 kelas, Jia 5 kelas.
Tapi sesi depan macam banyak pula saya punya kelas sebab Jia kena mengajar F4 dan F5. Jadi semua kelas menengah bawah saya yang akan ajar. Jadi sama saja lah macam sebelum ini hmm. Kejap saja saya dapat honeymoon. Tapi tak apalah. Memang tanggungjawab saya kan. Sesi depan saya kena pegang 3 Permata lagi. Dah lah saya kurang kenal dorang ni. Satu lagi kelas 2 Permata sekarang antara yang mengandungi pelajar tidak diingini ya.
2 Intan ✅️
2 Permata ✅️
2 Berlian ✅️
3 Intan ✅️
3 Permata ✅️
P/S: In shaa Allah lagi 9 hari saya akan fly ke Kelantan setelah 6 minggu di sini. Setakat ini tempoh paling lama berjauhan dengan Muhammad. Semoga ada sinar untukku berpindah dekat dengan anakku. Semoga dipermudahkan urusan kami disatukan. Doakan!
Kota Marudu, Sabah.
No comments:
Post a Comment