Saturday, January 6, 2024

NO MORE GENG KANTIN


Assalamu'alaikum WBT. 

Kemarin, Sir Danial datang melawat sekolah ini buat kali terakhir. Dia pun nampak bahagia dengan sekolah barunya. Almaklumlah dapat bersatu dengan isterinya yang terchenta. Sempat kami berempat lepak di kantin dan bercerita. Saya turun lambat sikit sebab ada kelas. Danial macam biasa lah perangainya hmm. Walaupun ini pertemuan terakhir, tak lepas peluang langsung mengusik kami. Tapi itulah yang akan sentiasa dirindui kan lebih lebih lagi untuk Kakda dan Sue lah sebab memang mereka sangat rapat. 

Begitulah hidup ini. Yang patah tumbuh yang hilang berganti. Memang sedih dengan perpindahan si Danial, namun gembira dengan kehadiran orang baru di sekolah ini iaitu Roziah. Alhamdulillah cantik kan perancangan Allah. Lagipun begitulah realiti hidup, setiap pertemuan ada perpisahan. Nak bersedih pun kena ingatlah dunia ini hanya sementara. Yang di sana lah yang fana. Jadi jalani lah hidup ini dengan enjoynya tanpa stress di samping menjadi hamba Allah yang taat. Cukuplah itu dulu syarahan saya untuk kali ini. 

P/S: Namun nak cakap juga. Benci betul tengok budak budak acah menangis Sir Danial pindah. Kau rindu pergi saja lah KK jumpa Sir Danial sana. Tak payah buat drama di bilik guru. Haha bitter betul. Serabut. 

Kota Marudu, Sabah.

No comments:

Post a Comment