Wednesday, January 17, 2024

HEALING DI LANGKON & TAMAN JAGUNG



Assalamu'alaikum WBT. 

Apa khabar semua? Kemarin saya dan Kakda pergi lawat pusat di SMK Langkon kerana kami dilantik sebagai pengawas UBBI SPM ya tuan puan. Lepas selesai tengok sekolah dan diberi taklimat, saya dan Kakda pergi melencong ke tempat lain sementara menunggu untuk mengambil Roziah di PPD Kota Marudu. Dia ada kursus untuk guru baru. Jadi kami bergambar dulu di tugu Langkon ya. Tiber tugu. Entah apa nama dia lah. Tapi itu lah itu yang kamu tengok di gambar. 

Tidak cukup dengan itu, saya dan Kakda kunun healing di Taman Jagung lah. Lama dah saya nak ke sana namun tidak berkesempatan. Jadi kemarin tercapai juga hasratku. Tempat ini adalah untuk berjoging sebenarnya. Tapi kami pergi main buai saja. Hiks. Kan dah cakap acah healing. Terimbau zaman main di Taman Rekreasi Tengku Anis. Hampir setiap minggu pergi. Rindunya zaman budak budak! Sekarang taman itu macam sendu. Dulu sangat lah meriah ya tuan puan. Memori paling saya ingat adalah main jongkang jongkit dengan Angah. Hiks. 

P/S: Hari ini genap 10 tahun Mek kembali ke rahmatullah. Kaksha akan sentiasa merindui Mek dan Ayah. Tak pernah hati ini tak sedih atau sayu setiap kali teringatkan Mek dan Ayah. Semoga Mek dan Ayah ditempatkan dalam kalangan orang orang yang beriman. Semoga Allah tempatkan Mek dan Ayah dalam syurga-Nya yang tertinggi. Kaksha rindu Mek Ayah 😭😔😔

Kota Marudu, Sabah. 

No comments:

Post a Comment